Rentetan Kisah sebelum ngan selepas Majlis Kahwin

Rentetan ini kami buat untuk nak isi kisah yang kami tak sempat masuk masa majlis berlangsung itu hari. Jom kita tengok... Apa aktiviti sebelum dan selepas majlis berbahagia kami.


Renovate rumah.. sempat lagi.. aktiviti ini dibuat 4 hari sebelum kami akad nikah.

Pak Teh bertungkus lumus pada hari pertama naik tembok dulu, baru pasang tile.



Ni dia goodies hari bahgia kami. Itik ngan pasu bunga yang disponsor oleh akak (TQ akak). Dalam tew kami buh portpuri. Wangi sikit.


Ni antara hadiah yang kami terima. Banyak gak dapat. Kiranya sampai tak muat kereta aku, sumbat kereta akak lagi. (Terima Kasih kepada semua atas hadiah pemberian ini)


Dari Sarah & Fikri : Terima Kasih..

Apapun Alhamdulillah memanjat kesyukuran Illahi semuanya telah berlangsung dengan jayanya. Dan kami kini sedang berbahagia. Terima kasih semua.

Alhamdulillah






























Alhamdulillah, dengan hanya sekali lafaz, saya telah bergelar suami kepada Norzi Hashida Hashim pada 3 disember 2009 jam 2.00 petang di Masjid Kariah Kampung Padang Kulim, Kuala Ketil, Kedah. walaupun perasaan itu ada sidikit berdebar sebab imam itu ajar saya cara menjawab lafaz yang akan sikit berbeza, namun berjaya gak,

"aku terima nikahnya bagi pihak aku, Norzi Hashida Hashim dengan mas kahwinnya RM 2,000 tunai"

Sahlah kami telah bergelar suami isteri.

Tragedi 26 November 2009 - Seminggu sebelum Akad nikah





Tragedi ini berlaku seminggu sebelum tarikh akad nikah saya dan Norzi(3 Disember 2009). Lori tanah langgar kereta kami. Saya drive kereta seorang masa balik dari bengkel kereta (baiki brek kereta yang haus), tetiba sahaja sebuah lori tanah telah melanggar dari belakang. Disebabkan tragedi ini, saya tak jadi cat rumah hari ini. Kena pergi balai polis untuk membuat polis report. Apapun syukur saya selamat. Tapi kemalangan ini membuatkan hati saya berserabut, mana dengan nak kenduri, banyak lagi kerja belum selesai, kereta pula remuk. Entahla, apapun saya berserah kepada Allah semoga segalanya berjalan dengan lancar dan selamat.

Kad diberi tanda Majlis bakal berlangsung tidak lama lagi



Sirih junjung sirih pinang,


kompang bergema khabar gembira,


menghulur salam tetamu diundang,


agar keramaian penuh bermakna.


Buat semua yang dah terima kad undangan ini maka besarlah harapan supaya dapat datang bagi memeriahkan lagi majlis kami ini. Buat yang belum terima, sabar menanti. Kad terakhir sudah diposkan semalam. Serta buat yang tidak dapat, jangan berkecil hati. Jemputlah datang, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Undangan kami setulus hati, kehadiran anda semua amat kami hargai, terima kasih.

Kepada mereka yang bercadang untuk menghadiri majlis, pihak kami ada meletakkan tanda arah bermula dari exit Tol Alor Setar Selatan ke rumah pengantin.

'erm..sedapnya pelam, nak sikit'






"tut..tut" 1 New Message. 'hai, sedap makan pelam, nak sikit'.

Seingat saya ini adalah message pertama yang menjadi titik permulaan antara Jamil Zainul dan Norzi Hashida Hashim. Message inilah yang membawa kepada ikatan suci perkahwinan kami pada 3 Disember 2009 ini. Tapi sebelum itu, jom kita tengok perjalanan semasa proses nak berkenalan. Macam mudah tapi bukan senang dari suka kepada sayang. erm...



ini gambar pertama saya dapat dari NOrzi..CuN KaN?

16 Jun 2008 - Sebab saya dapat senyuman inilah buat rasa tidak tentu arah. Masa itu saya baru sampai dari kay el. Ada program yang membawa pertemuan pertama di Hotel Sentosa Regency, Jalan Putra, Alor Setar. Dengan bantuan Kak Is, peuang saya untuk dekati Norzi menjadi mudah. sebab dapat nombor tipon dia..hehe.. Lepas tew dapatla Norzi message di atas.


gambar ke 2 kiriman NOrzi kepada 'Encik Jamil'

'Encik Jamil' itu nama gelaran saya masa NOrzi masa mula-mula nak berputik kasih sayang. Lepas tew nak lebih mersa maka ditukar kepada saya dan awak. Tapi masih rasa macam tak best, tukar lagi ke gelara sekarang 'sayang' dan 'ayang'.





-Cincin risik kami-

28 Julai 2009 - 'Encik jamil' telah melamar 'NOrzi' sebagai tanda cinta diterima. Ingat lagi saya bila saya melamar NOrzi, siap bagi bunga dan cincin. Tapi NOrzi macam takda perasaan jer. Tapi semua tew coverline jer. Wajah tenang relaks, tapi dalam ati NOrzi berdebar-debar gak macam saya. Sapa tidak suka dapat bunga dan cincin dati orang disayangi yer tak?





28 Jan 2009 - Hajat bercinta bukan sekadar berkasih sayang tanpa sebarang ikatan, untuk itew tarikh ini menjadi pilihan bagi kami mengikat tali pertunangan. Setapak dah melangkah. Dengan persetujuan semasa bertunang, maka ditetapkan RM6,500 wang hantaran dan RM2,000 sebagai mas kahwin. Namun pada hari bahgia tersebut belum ditetapkan bila tarikhnya hari bahgia kami.





AddThis

Share |