"tut..tut" 1 New Message. 'hai, sedap makan pelam, nak sikit'.
Seingat saya ini adalah message pertama yang menjadi titik permulaan antara Jamil Zainul dan Norzi Hashida Hashim. Message inilah yang membawa kepada ikatan suci perkahwinan kami pada 3 Disember 2009 ini. Tapi sebelum itu, jom kita tengok perjalanan semasa proses nak berkenalan. Macam mudah tapi bukan senang dari suka kepada sayang. erm...
ini gambar pertama saya dapat dari NOrzi..CuN KaN?
16 Jun 2008 - Sebab saya dapat senyuman inilah buat rasa tidak tentu arah. Masa itu saya baru sampai dari kay el. Ada program yang membawa pertemuan pertama di Hotel Sentosa Regency, Jalan Putra, Alor Setar. Dengan bantuan Kak Is, peuang saya untuk dekati Norzi menjadi mudah. sebab dapat nombor tipon dia..hehe.. Lepas tew dapatla Norzi message di atas.
28 Jan 2009 - Hajat bercinta bukan sekadar berkasih sayang tanpa sebarang ikatan, untuk itew tarikh ini menjadi pilihan bagi kami mengikat tali pertunangan. Setapak dah melangkah. Dengan persetujuan semasa bertunang, maka ditetapkan RM6,500 wang hantaran dan RM2,000 sebagai mas kahwin. Namun pada hari bahgia tersebut belum ditetapkan bila tarikhnya hari bahgia kami.
gambar ke 2 kiriman NOrzi kepada 'Encik Jamil'
'Encik Jamil' itu nama gelaran saya masa NOrzi masa mula-mula nak berputik kasih sayang. Lepas tew nak lebih mersa maka ditukar kepada saya dan awak. Tapi masih rasa macam tak best, tukar lagi ke gelara sekarang 'sayang' dan 'ayang'.-Cincin risik kami-
28 Julai 2009 - 'Encik jamil' telah melamar 'NOrzi' sebagai tanda cinta diterima. Ingat lagi saya bila saya melamar NOrzi, siap bagi bunga dan cincin. Tapi NOrzi macam takda perasaan jer. Tapi semua tew coverline jer. Wajah tenang relaks, tapi dalam ati NOrzi berdebar-debar gak macam saya. Sapa tidak suka dapat bunga dan cincin dati orang disayangi yer tak?28 Jan 2009 - Hajat bercinta bukan sekadar berkasih sayang tanpa sebarang ikatan, untuk itew tarikh ini menjadi pilihan bagi kami mengikat tali pertunangan. Setapak dah melangkah. Dengan persetujuan semasa bertunang, maka ditetapkan RM6,500 wang hantaran dan RM2,000 sebagai mas kahwin. Namun pada hari bahgia tersebut belum ditetapkan bila tarikhnya hari bahgia kami.




0 comments:
Post a Comment
kami mengalu-alukan komen dari anda semua. Jom komen! ;)